About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Kak Jenab. A mother of twin and an Architectural Technology graduated. Derby, UK/ Malaysia

Perubahan cuaca yang menyebabkan muka bermasalah teruk!



Assalamualaikum w.b,t....

First sekali aku nak mintak maaf sebab tak update blog hari-hari. Memang kalau ikut perancangan, aku nak update 30 cerita berbeza setiap hari tentang pengalaman aku sepanjang aku berada di United Kingdom tapi malangnya aku tak tahu jadi final year student ni memang busy nak mammmm. Hari-hari tidur dalam ketakutan je tapi since aku dah submit assignment aku semalam dan ada satu lagi baki, aku rasa tak salah kalau aku update blog hari ni. Hehehe

Hari ni aku nak cerita pasal mimpi ngeri aku bila menghadapi perubahan cuaca mendadak. Dulu aku mula-mula sampai Derby bulan September dan masa tu dah start sejuk (musim bunga kann). Suhu average-nya lebih kurang 15.4°C, kalau malam lagi laaa sejuk. Kadang-kadang sampai below 10°CPuncanya, aku jugak yang silap sebab aku tak pakai moisturiser bila keluar rumah pastu tak beriya sangat jaga muka. Hari makin hari berlalu, muka aku jadi teruk gila sampai aku rasa macam nak amik gambar pun malu. Dah laa tak berapa nak cantik ngan kurus pastu muka pulak macam jalan tar. Serius kalau tengok cermin rasa nak menangis T_T


Ni aaa muka aku setelah dua bulan sampai United Kingdom.

So apa yang aku buat?? Try and Error laaa apa lagi. Ehhhh


1. Clinique Anti-Blemish




Yang ni second kit. Pakai tak habis pun sebab tak tahan pedih dan muka pun tak dah berjerawat teruk sangat


Mula-mula aku pakai Clinique Anti-Blemish. Katanya kalau guna dia punya clarifying lotion tu boleh laa hilangkan sel-sel kulit mati. To be honest, memang ada perubahan. Gambar kat atas tu aku amik hari-hari sebab dia kata kesan boleh nampak seawal tujuh hari. Aku nak tengok betul ke tidak, aku compare laa tiap hari dan barulah aku boleh cakap berkesan ataupun tidak. Tapi nak hilangkan sel mati tu.. phewww! dia punya pedih and merah macam kene bakar. Mungkin juga disebabkan kulit aku sensitif kot.



2. 3 Step Skin Type 1




Pakai tak sampai sebulan dan pun tak habis sebab tak sesuai dan tak menyabor.


Lepas jerawat makin hilang, aku pakai plak Clinique 3 Step Skin type 1. Masa ni aku gigih pergi jumpa orang yang jaga kaunter Clinique. Siap buat test macam-macam lagi dan lepas buat test baru tahu rupanya aku ada masalah kulit kering. Setelah dicadangkan beberapa produk, fuhhh~ terbanglah £50. Rasa nak menangis tapi takpelah, nama pun ikhtiar kann T_T . Walau bagaimanapun, lepas sebulan pakai Clinique ni, aku rasa macam tak puas hati. Result tak berbaloi dengan harga. Aku ni plak jenis tak penyabor dan aku terus kaji dan mengkaji dan akhirnya aku tukar produk lain. Yang aku jumpa ni memang product yang aku betul-betul suka dan berkesan gila-gilaaaaaa nak mammmm...

3. Lush

Paling suka dan paling mujarab! Selang sebulan setengah je restock semua benda ni :)


As far as I concerned, Lush tak ada kat Malaysia tapi aku nak cakap kalau ko masuk kedai Lush, mesti ko rasa nak pengsan. Colourful, wangi, cantik, handmade, anti-animal testing pastu dah laa di perbuat daripada natural ingredients! Eish, tak reti nak describe tapi memang superb aaa! 


Mula-mula aku beli face mask bekas kecil (75g) sebab nak try je dulu tapi Alhamdulillah aaa, pakai tak sampai seminggu dah nampak kesan ketara. Pastu mulalah gatal laa nak beli semua produk dari Lush. Secara jujurnya, bagi aku Lush ni agak pricey tapi tahan lama so why not kan? :)

So just incase korang nak try product Lush, aku bagi senarai nama produk yang aku guna.



1. Lush Bath bomb

Biasanya aku beli 4 bath bomb setiap bulan. Hujung minggu je berendam dalam bath tub :p tapi aku tak guna specific bath bomb. Selalu tukar-tukar ikut bau dan mood. Harga seketul bath bomb ni bermula dari £1.95 - £4.50 (depends pada jenis)

2. Whoosh Shower Jelly

Shower pun best gak, dulu aku pakai jenis liquid tapi sekarang dah tukar pakai yang jelly sebab asal masuk je bilik air makin sikit pulak shower gel tu *mata ke atas, tangan ke bahu*. Kalau ko pakai menda alah ni, ko akan rasa obses dengan diri sendiri sebab wangi giloss. Hahaha. .Harga Lush Shower Jelly ni bermula dari £3.95 - £7.95 (depends pada berat).


3. Lush Fresh Face Mask 

Yang ni ada macam-macam jenis. Aku dah try semua :p dan paling sesuai dengan kulit aku Brazened Honey sebab dia menghilangkan parut. Biasanya promoter akan test dekat kat tangan ko dulu sebab nak tengok yang mana sesuai. Kalau pakai face mask ni, ko tak akan teragak-agak nak kiss pipi sendiri sebab wangii (Kalau sampai laa bibir ko ke muka). Hehehe .Harga Lush Fresh Face Mask ni bermula dari £7.95 - £11.50 (depends pada berat).


4. Lush Tea Tree Water


Biasanya aku apply Tea Tree Water ni as in toner selepas aku cuci muka pagi dan malam. Bila sapu dan sental muka dengan cotton pad, keluar habis kotoran.Serius tak tipu! Harga Lush Tea Tree Water bermula dari £4.75-£8.95 (depends pada berat). 


5. Lush 9 to 5 Cleansing Lotion


Sesiapa yang pemalas boleh laa pakai cleansing lotion ni. Jimat masa sangat! Tak payah beriya-iya nak buih bagai. Gosok-gosok kat muka macam pakai lotion pastu lap pakai cotton pad. Mascara, celak foundation semua fuhh! lesappp... Harga Lush 9 to 5 Cleansing Lotion ni bermula dari £5.25 - £9.95 (depends pada berat)


6. Lush Ultrabland Cleanser


Kan tadi aku cakap aku ada masalah kulit kering kan? Yang ni adalah benda yang terbaik aku pernah buat dekat kulit muka aku. Muka aku dah takde kering-kering dah, smooth macam punggung baby. Lol. Tapi betul tak tipuuuuu ni tauu! Harga Lush Ultrabland Cleanser ni bermula dari £7.95-£39.95 (depends pada berat).


7. Lush Lips Scrub 

Biasanya sebelum pakai lipstick or papelah kat bibir, kadang-kadang bibir kita kering dan menggelupas. So sebelum nak apply pape, guna lips scrub ni pastu nanti tertanggal laaa yang mana kering-kering tu. Pakai lipstick pun licin dan cantik je. Lips scrub ni ada banyak jenis tapi yang aku pakai ni bila apply, dia rasa manis-manis. Aku syak boleh makan kot benda ni, Hikss. Yang ni harga sama je even berbeza jenis sebab dia jual semua dalam kuantiti sama iaitu £5.75/25g.

g
and tadaaaaaaaaa!!!



Walaupun masih belum ditahap seperti kulit telur, at least lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulillah :)


Well last but not least,

The best moisturisers I have ever used! Kalau keluar rumah pakai benda ni, tak payah make up pun tak apa :) .


ps: Kadang-kadang orang tak tahu macam mana kita punya usaha untuk baiki diri kita tapi yang orang nampak hanyalah luaran sebab benda tu yang paling senang nak buat instead of memahami keadaan sesorang kan?

pss: This is based on my own experiences and you need to know that everyone have a different type of skins so this article might be or might not help you. Thanks :)

Note to Lush Company:

LUSH, please open your branch in Malaysia or I will be dead as I go back to Malaysia T_T

OK, byeeee.........







Persahabatan berbeza kewarganegaraan.

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik, tak sangka lagi sebulan aku nak habis degree (Insyaallah kalau tak ada aral melintang. Please doakan aku grad dengan jayanya ek ek. Ameen :)

Sebenarnya aku ada lagi dua submissions sebelum degree show untuk final design tapi aku punya mood malas, Ya Tuhan! Rasa macam sepak punggung sendiri. Aku pun tak tahu apasal aku jadi macam ni. Haihhhh. Eh! panjang pulak introduction aku ni, padahal aku nak mintak jasa baik korang doakan aku lulus je. Hehehe. Apart from from that, aku just nak share perasaan aku bila diberi peluang hidup kat United Kingdom yang tak pernah aku sangka. Well, macam-macam pengalaman baru yang aku dapat, yang tak pernah aku fikir pun aku akan laluinya termasuk pakwe mata biru. Hahaha. Nanti kalau ada kesempatan aku cerita (Nak pm tepi pun boleh). Hiks!

Kalau sebelum ni aku pernah ada kawan-kawan Melayu je dan dorang lah tempat aku curah perasaan bila ada masalah cinta or apa-apa jenis masalah tapi sekarang dah upgrade ada kawan-kawan dari macam-macam  nationality; England, Serbia, Italy, Polland dan secara ringkasnya International friends laa. Sebenarnya aku agak terkilan jugak sebab masa first year aku kat Derby, aku tak berani langsung nak approach mat salleh semua ni disebabkan kurang keyakinan diri. Aku punya english tak power pastu dah laa muka selebet macam nak mintak kena tampo je. Dorang pulak stock kacak-kacak dan lawa-lawa yang bila mana pergi kelas pakai baju tidur pun tak setaraf macam engko. Huh. Sadis betul!


Yang tiga orang ni antara yang paling rapat dengan aku. Kawan gossip dan tempat curah perasaan :')
Dari kiri; Jelena (Serbia), Magda (Polland), Patricia (England) 


Macam mana aku boleh approach dorang? Masa semester tiga, final year aku kena buat kerja grouping dengan dorang so starting dari situ laa kami rapat. Mula-mula bercakap dalam group meeting, lepas habis meeting pergi minum kopi sama-sama pulak. Kalau terserempak dekat university selain dari waktu kelas dan meeting, kami bertegur sapa pastu lepak-lepak sekali. Lepas tu tak cukup dekat university, kami ke whatsapp pulak sebab nak mintak tolong satu sama lain dan nak update progression of work. To be honest, group whatsapp pun banyak membantu merapatkan silaturahim bila kitaorang mula bergurau-senda bercakap benda yang tak ada kaitan dengan kerja.

Alhamdulillah. Walaupun dah habis buat kerja grouping, sampai sekarang kiteorang berkawan rapat dan kalau boleh hari-hari nak ber-Snapchat/Whatsapp share semua benda termasuklah hantar gambar tengah pakai face mask. LOL. Kalau nak mintak tolong pulak, memang jarang dorang cakap NO (Yang ni tak boleh pukul rata sebab manusia tak sama. Aku cerita berdasarkan kawan-kawan aku).

Yang paling kelakar, ada yang sorang ni, aku menyampah gila dekat dia masa second year sebab punya dia punya kerek tu tak boleh nak cakap dan sekarang cuba teka apa dah jadi dengan dia? Dia....dia dah jadi  manusia paling rapat dengan aku. Macam-macam cerita aku share dengan dia. Aku punya heartbroken, dia laa orang pertama yang tahu. Lepas tu semua benda aku update kat snapchat dia perhati sebagai persiapan nak serang hendap aku bila jumpa nanti.

Dan bila hari tu tiba, cair tahi telinga aku kena bebel dengan kawan aku tu.

"He is just a guy? Guys come and go. Why do you give so much value to him? Seriously, you have to value yourself first and your children more than anyone else. Nor, do something that will make you happy. Is this the thing that you want to remember after five years later? You can go to Birmingham or Manchester and enjoy and come back to Derby at night or I do not know what you want to do but please do something that will make you happy, you derserve it! Watch Pride and Prejudice like thousand times and listen to Celine Dion songs will not help you" - tanpa serba salah, lepas dia bebel dekat aku boleh pulak she gave me the most annoying face and I was like krikk krikk krikkk...*redha*

Serius tak pernah lagi rapat dengan orang macam aku rapat dengan dia. Betul laa orang cakap jangan benci sangat kat orang nanti suka and obviously suka kami sebagai kawan baik bukan lesbian tau. Haha. Lepas dari kejadian tu, aku dah tak heartbroken dengan lelaki mata biru tu. We are good because Allah s.w.t really. Allah s.w.t knows best. Trust me!

Ni mesti korang nak tahu apa jadi kan? Haha. Tengoklah kalau aku rasa terbukak hati nak share ngan korang tapi bukan share pasal lelaki mata biru tapi pasal macam mana nak tawakal pada Allah s.w.t walaupun hati kau tengah berkecai. :')

Rasanya itu jelah nak cerita hari ni and memang tak boleh cerita lebih-lebih sebab kalau cerita lebih-lebih tu bukan namanya blog tapi diari. Kahkahkah.



ok, byeeee.......